Asuh

7 Kelebihan Anak Super Sensitif Yang Selalu Dianggap ‘Lembik’

234
SHARES

“Dahlah tu Aidan. Kenapa nak nangis pulak. Kan ramai kawan ajak main tu… Pening kepala Papa tengok kamu ni… Sikit-sikit nangis.”

Sebagai ibu bapa, kita mesti perasan kalau anak kita tak sama macam anak orang lain. Anak yang sensitif biasanya mudah menangis, emosional, agak penakut, mudah terganggu dan cepat tantrum.

Walaubagaimanapun, ketahuilah bahawa anak anda bukannya berperwatakan sedemikian kerana mereka ‘nakal’ atau sengaja menaikkan kemarahan Papa dan Mama.

Menurut ahli psikologi, Dr Elaine Aron dari laman web The Learning Mind, 15-20% populasi manusia tergolong dalam kategori hiper sensitif, di mana mereka ini mempunyai sistem saraf yang sangat peka dan cepat bertindakbalas dari segi fizikal mahupun emosi.

Tapi tahukah anda, anak yang hiper sensitif ini biasanya ‘gifted’ dan mempunyai banyak kelebihan luarbiasa. Berikut adalah ciri-ciri keistimewaan mereka yang kita selalu terlepas pandang.

7 Kelebihan Anak Super Sensitif Yang Selalu Dianggap ‘Lembik’

1. Amat Peka Terhadap Persekitaran

Anak yang hiper sensitif mempunyai deria yang amat peka terhadap persekitaran dan perubahan sekeliling. Mereka mudah mengesan perubahan pada bunyi, bau, pemandangan, dan sebagainya. Sebab itulah mereka agak cerewet terhadap makanan dan agak memilih dalam soal pemakaian.

Namun, semua ini memberi kelebihan terhadap maklumat yang mereka proses di dalam otak. Contohnya, mereka mampu melihat perincian pada lukisan atau objek senibina yang biasanya tidak dinilai oleh anak kecil.

tips bawa bayi travel

Foto Kredit: travelbugbaby.com

2. Empati Terhadap Orang Lain

Anak yang hiper sensitif mudah memahami dan sentiasa mengambil kira emosi orang yang berada di sekeliling mereka. Kalau orang gembira, mereka gembira dan begitu juga sebaliknya.

Sebenarnya mereka amat prihatin dan sifat ini amat diperlukan dalam masyarakat kita. Ia juga mungkin menjadikan mereka kelihatan lebih matang berbanding usia.

http://www.kidsmentalhealthinfo.com/

3. Sangat Kreatif

Disebabkan perasaan yang mendalam terhadap banyak perkara yang dirasai, anak yang hiper sensitif cenderung mejadi seorang yang kreatif.

Mereka mempunyai gerak hati yang tajam serta selesa merefleksi kehidupan sendiri. Pendek kata, mereka ini memang ‘berjiwa seni’!

thesimpleparent.com

4. Sifat Bertanggungjawab

Selalunya anak yang sensitif mudah rasa bersalah dan tidak teragak-agak untuk mengakuinya.

Selain itu, mereka juga ada sikap belas kasihan yang tinggi terhadap haiwan. Kalau diberi haiwan peliharaan dan diajarkan cara membelanya, tak mustahil mereka akan dapat menjaganya dengan baik.

bela kucing

Foto Kredit: catster.com

5. Selesa Dengan Rutin

Seperti yang anda perasan, anak yang sensitif biasanya sukar menerima perubahan besar. Mereka mengambil masa untuk membiasakan diri dan tidak semestinya suka pada kejutan.

Jika dilatih, anak ini mudah menjadi orang yang berdisiplin kerana mereka selesa pada rutin.

Foto Kredit: tidyhomz.com

6. Menghargai Kebaikan Orang Lain

Anak yang sensitif mungkin kurang selesa apabila dikritik atau cepat terasa apabila ditegur.

Namun kalau kena dengan caranya, mereka sangat menghargai sekecil-kecil kebaikan yang dilakukan oleh orang lain terhadap mereka.

www.expatriatelifestyle.com

7. Selalunya Bijak

Anak yang super sensitif cenderung memperlihatkan sifat perfectionist. Mereka sukar menerima kekalahan dan akan cuba sedaya-upaya untuk melakukan sesuatu hingga membuahkan hasil yang dijangkakan.

Oleh itu, tidak hairanlah sesetengah sumber tidak menafikan bahawa mereka ini bijak dan mempunyai nilai intelektual yang agak tinggi.

anak yang bijak

Foto Kredit: zt.ridna.ua

Fokus Pada Kekuatan, Bukan Kekurangan Mereka!

Sebagai ibu bapa, mungkin kita akan berasa risau atau frust apabila melihat anak kita sukar bergaul dengan orang lain, mudah dibuli, atau terlalu emosional.

Jika mereka berasa terlalu banyak rangsangan, cuba cari tempat yang tenang dan asingkan mereka buat seketika. Ini adalah langkah pertama untuk membantu mereka menguruskan emosi.

Seterusnya, acknowledge dan yakinkan mereka bahawa anda faham situasi mereka. Latih mereka menguruskan perasaan sedikit demi sedikit. Elakkan memarahi ataupun mengubah personaliti mereka.

Apabila anak berasa selamat, gembira, dan selesa dengan diri sendiri, mereka akan mula membentuk personaliti yang lebih kukuh dan konfiden. Sebagai ibu bapa, kitalah yang patut memberi galakan dan cuba memahami keadaan mereka terlebih dahulu.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×