1-2 Tahun

7 Tips Pemakanan Sihat Untuk Kanak-kanak

102
SHARES
7 Tips Pemakanan Sihat Untuk Kanak-kanak

Tips Pemakanan Sihat

Kanak-kanak yang montel sering dianggap comel oleh segelintir masyarakat. Tanpa kita sedari, kanak-kanak yang montel ini telah membentuk satu generasi gemuk dan berpenyakit.

Secara asasnya, pendidikan pemakanan dibentuk oleh ibu bapa. Segala aspek bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan dibentuk dan ditunjukkan oleh ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan dalam menentukan gaya pemakanan yang sihat kepada anak-anak mereka. Sebelum ketahui tips pemakanan sihat ini, ibu-bapa juga mesti tahu makanan yang perlu dijauhkan dari kanak-kanak.

Banyakkan makan buah-buahan tempatan

Banyakkan makan buah-buahan tempatan

1. Seimbangkan makanan

Anak-anak perlu diajar untuk makan secara sederhana bagi semua jenis kumpulan makanan seperti karbohidrat,protein dan lemak. Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula perlu diambil dalam kuantiti yang banyak. Pengambilan lemak yang terlalu banyak daripada makanan boleh menjadi penyebab obesiti. Ini berbahaya kepada anak-anak kita. Pengambilan karbohidrat seperti nasi dan mee amat disarankan untuk memastikan anak-anak secukupnya agar mereka mendapat bekalan tenaga yang mencukupi.

Walau bagaimana pun, anak-anak perlu diajar untuk makan secara sederhana bagi semua jenis kumpulan makanan seperti karbohidrat,protein dan lemak. Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula perlu diambil dalam kuantiti yang banyak. Pengambilan lemak yang terlalu banyak daripada makanan boleh menjadi penyebab obesiti. Ini berbahaya kepada anak-anak kita.

Ketahui 5 jenis makanan yang perlu dijauhkan dari kanak-kanak

Jauhi makanan segera

2. Hindarkan ‘jajan’ atau makanan ringan

Makanan ringan mengandungi perisa dan pewarna yang dapat memikat selera anak-anak untuk dimakan secara berlebihan. Pengambilan makanan ringan seperti snek, gula-gula dan seumpamanya boleh menyebabkan anak-anak enggan mengambil makanan yang berkhasiat. Kita sebagai ibu bapa perlu megawal pemakanan anak-anak kerana makanan sebegini boleh menjejaskan kesihatan dan pertumbuhan anak-anak.

Minum susu adalah lebih berkhasiat

Minum susu adalah lebih berkhasiat

3. Banyakkan minum air masak

Anak-anak perlu dididik minum air putih antara enam hingga lapan gelas sehari. Ia penting untuk fungsi fisiologi tubuh serta dapat mengawal suhu badan dan dapat mengeluarkan toksik yang berlebihan dalam badan. Kanak- kanak amat mudah mengalami dehidrasi berbanding golongan dewasa. Oleh kerana itu, selain membeinya makanan yang berkhasiat, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka minum lebih air putih berbanding minuman-minuman lain.

Yang penting, makanan untuk kanak-kanak mestilah yang berkhasiat dan seimbang

Sudah bersarapan, baru ada tenaga!

4. Wajibkan sarapan pagi

Setiap pagi, pastikan anak anda mengambil sarapan. Sarapan penting diambil kerana ia merupakan sumber bekalan tenaga agar tumpuan anak-anak terhadap aktiviti seharian tidak terjejas.

Jangan ajar anak minum air gas

Jangan ajar anak minum air gas

5. Sekat minuman berkarbonat

Jangan biasakan dengan air bergula di kedai seperti Coke, Pepsi, F&N dan lain-lain. Jika sudah terbiasa, susah untuk mengubah tabiat mereka.

Minuman berkarbonat mengandungi kandungan gula yang tinggi dan ianya tidak sesuai untuk anak-anak. Gula yang tinggi boleh menyebabkan mereka menjadi hiperaktif dan tidak dapat memberi tumpuan terhadap sesuatu dengan sebaik mungkin.

Selain itu juga, minuman berkarbonat turut mengandungi bahan tambahan, pewarna dan perisa yang boleh menyukarkan proses perkumuhan buah pinggang. Pengambilan meminum minuman berkarbonat yang berterusan akan mengundang kegagalan buah pinggang berfungsi kepada anak-anak kita.

Biarkan mereka 'explore' dunia luar

Biarkan mereka ‘explore’ dunia luar

6. Tingkatkan aktiviti fizikal

Sebagai ibu bapa, kita seharusnya menggalakkan anak-anak bermain di luar rumah seperti bermain di taman permainan. Secara tidak langsung, mereka dapat mengurangkan aktiviti fizikal yang memerlukan hanya berada di dalam rumah dengan permainan video atau menonton televisyen sambil makan.

Biasakan untuk ikut makan sayur bersama anak

Kalau ada tanah, tanam sayur sendiri

7. Bijak dalam membeli makanan

Pengendalian yang bijak dalam membeli bahan makanan untuk seisi rumah dapat megawal gaya pemakanan anak-anak. Jika kita sebagai ibu bapa tidak membeli makanan yang tidak berkhasiat, maka anak anda tidak anak mengambil makanan berkenaan. Selain itu, setiap kali membeli-belah perlulah membaca label makanan yang dibeli. Pastikan ia rendah kalori, kurang gula dan lemak.

Kini, tiada lagi masalah bila menghadapi anak cerewet makan. Selamat berjaya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×