Rumah

5 Perkara Ibu Bapa Kena Buat Bila Anak Melecur. Jangan Ikut Petua Pelik!

563
SHARES

“Alamak, macam mana dia boleh capai kopi panas yang aku buat tadi. Habis melecur tangan. Apa rawatan melecur yang sepatutnya aku buat untuk si kecil ni? Paniknya!”

Kecederaan ringan akibat melecur atau terkena benda panas kadangkala tidak dapat dielakkan. Ia digelar kecederaan gred pertama atau first-degree burn. Kesan lecuran seperti ini biasanya tidak serius kerana ia hanya melibatkan kecederaan pada bahagian paling luar kulit kita.

Walaupun kawasan yang melecur tidak serius, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan terutamanya jika ia terkena pada anggota tertentu yang selalu digunakan atau sekiranya ia berlaku pada anak kecil.

Foto Kredit: babiesideas.net

Foto Kredit: babiesideas.net

5 Rawatan Melecur Untuk Anak Kecil. Ibu Bapa Perlu Tahu!

Berikut adalah cara rawatan melecur ringan selamat dan boleh anda lakukan di rumah, terutamanya jika melibatkan anak kecil.

1. Lalukan Dengan Air Paip

Apabila terpegang benda panas, anda boleh terus melalukan anggota yang tercedera dengan air paip selama sekurang-kurangnya 5-10 minit. Kalau terkena pada bahagian anggota yang besar, dudukkan anak di bawah pancuran air di bilik mandi selama sekurang-kurangnya 20 minit atau sehingga kesakitan tidak lagi dirasai.

Selepas itu, boleh menggunakan tuaman tuala sejuk untuk melegakan kesakitan. Walaubagaimanapun, elakkan daripada menggunakan ais secara langsung kerana terdapat sumber mengatakan ia oleh menghalang pengaliran darah dan seterusnya menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu yang sensitif.

Foto Kredit: blogs.redcross.org.uk

Foto Kredit: blogs.redcross.org.uk

2. Tanggalkan Pakaian Yang Terkena Air Panas

Menurut Dr Hana Hadzrami, jika anggota melecur dilitupi dengan barang kemas, lampin bayi atau pakaian tebal; tanggalkan dengan serta-merta supaya kulit boleh segera disejukkan sebelum ia ‘masak’. Kadangkala, ibu bapa terus panik dan terus bergegas membawa anak ke klinik tanpa menanggalkan pakaian tebal dan masih panas.

Kulit yang tersiram air panas boleh ‘masak’ secara perlahan-lahan kerana sumber haba tidak dihentikan. Sementara menunggu masa tiba di hospital, kesan melecur ringan tadi boleh menjadi lebih teruk!

Baby girl crying

3. Elak Petua Yang ‘Pelik’

Selalu kita dengar petua rawatan lecur menggunakan bahan tertentu seperti tepung, ubat gigi, kicap, dan sebagainya. Jika kesan lecuran tersebut kecil dan berlaku pada orang dewasa, petua ini mungkin boleh digunapakai. Tetapi, jangan sesekali melakukannya sebagai ‘first aid’ atau langkah kecemasan pertama, terutamanya pada anak kecil yang sedang kesakitan.

Andrew Kong, seorang ahli farmasi menjelaskan melalui sebuah akhbar bahawa kaedah ini dapat membantu menyembuhkan luka dan melegakan kesakitan, tetapi ubatan-ubatan ini bukan sahaja tidak berkesan, malah mungkin akan memburukkan lagi keadaan, terutamanya jika kecederaan melibatkan anggota yang besar.

tepung-gandum

4. Jika Ia Mula Menggelembung

Selepas beberapa hari, mungkin kawasan kemerahan ini akan mula surut dan mungkin ada yang akan menggelembung atau melepuh. Menurut BabyCenter, apa yang perlu anda lakukan adalah menyapukan kawasan ini dengan ubat antiseptik dan balutkan dengan non-stick bandage secara longgar.

Ingat, jangan sesekali cuba memecahkan gelembung ini kerana ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih teruk. Elakkan daripada menyapukan losyen, bedak, atau sebarang petua lain yang tidak diketahui keberkesannya kerana ia turut berisiko kepada jangkitan.

Foto Kredit: healthychildren.org

Foto Kredit: healthychildren.org

5. Jangan Teragak-agak Berjumpa Doktor

Kesan melecur ringan biasanya boleh sembuh dalam masa 1 hari hingga beberapa minggu, bergantung kepada keadaan lecuran tersebut.

Sekiranya anda perhatikan kawasan tercedera semakin sakit, bengkak, menjadi bertambah merah, berbau, atau semakin merebak, jangan lengah untuk mendapatkan rawatan doktor kerana ia barangkali tanda jangkitan.

rawatan melecur

Foto Kredit: health.usnews.com

Utamakan Keselamatan

Seperti yang kita tahu, kulit anak kecil adalah lebih sensitif dan cenderung untuk menghadapi komplikasi sekiranya berlaku kecederaan. Oleh itu, sentiasa utamakan keselamatan dan ketahui ilmu asas pertolongan cemas bagi memastikan sebarang kemalangan dapat ditangani dengan sebetulnya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×