Dapur

Cara Buat Nasi Impit Sendiri Di Rumah. Lagi Mudah & Super Jimat!

760
SHARES
cara buat nasi impit sendiri

Sebenarnya tak susah kalau tahu cara buat nasi impit sendiri. Kami tertarik dengan perkongsian super jimat daripada Puan Mastura Mohd Pilus melalui salah satu post Facebook beliau:

“Saja nak ‘share’ cara saya buat nasi impit super jimat 2-3hari lepas. Terjadinya nasi impit super jimat ni bila melayan anak tekak yang nak nak nakkkk sgt mkn lontong. Bukan takat jimat lagi dah, memang berbaloilah buat… 200% puas hati. Saya buat 3 peket saja sebab ahli keluarga tak ramai.

Terfikir juga, kalau beli sepeket nasi impit impit segera yang besar mesti ada 6 bungkus kan.. So, balance dia macam mana? ‘Confirm’ simpan sampai berdebu. Tiba-tiba ‘plinkkkk’ kat kepala.. makanya DIY nasi impit lah.

cara buat nasi impit sendiri

Tak Perlu Lagi Beli Nasi Impit ‘Instant’. Jimat 200%!

Nasi impit adalah antara hidangan wajib di hari raya yang paling mudah dibuat.

Bukan saja di hari raya, pada hari-hari biasa pun kadang-kadang tekak rasa teringin nak makan. Terutamanya bersama kuah sate atau kuah lontong.

Anda sebenarnya boleh berjimat sehingga 200% apabila buat sendiri kerana hanya bermodalkan beras dan plastik sahaja. Jika dibandingkan dengan harga nasi impit ‘instant’, buat sendiri lebih jimat dan dapat dianggarkan kuantitinya dengan lebih tepat.

bahan cara buat nasi impit sendiri

Hanya perlu 2 bahan utama ini – plastik dan beras.

Cara Buat Nasi Impit Sendiri Di Rumah. Langkah Demi Langkah

Mari ikuti cara membuat nasi impit sendiri di rumah, langkah demi langkah.

1. Sukat Beras

Masukkan beras 1 pot lebih kurang 130 gram ke dalam plastik 5×8.

Ini cara nak sukat beras. Bucu plastik ngan bucu lidi tu kene same baris. (Faham ke?)

Senang cerita, kalau plastiknya berbeza saiz, anggaran beras adalah lebih kurang 1/3 penuh, macam kita isi dalam ketupat tu.

2. Masukkan Beras Ke Dalam Plastik

Selepas beras dimasukkan ke dalam plastik, basuhkan hingga bersih.

Anda boleh menggunakan sebarang jenama beras yang anda gunakan untuk memasak nasi di rumah.
Plastik pula pastikan jenis yang tebal dan tahan haba.

cara buat nasi impit

Kasi mandikan dia sampai bersih. Jangan guna sabun plak, satgi kang ting tong kepale seminggu jadi wengg. Hehehe. / Foto Kredit: Puan Mastura Mohd Pilus

3. Tebuk Lubang

Buatkan lubang udara macam yang kita selalu nampak pada ketupat segera tu.

Boleh gunakan lidi untuk mencucuknya biar ada ruang udara tuk membesar dengan jayanya.

cara buat nasi impit

Kalau tak dicucuk nanti alamatnya menyesal melawan ckp org tua. Jangan tanya apa jadi sebab tak pernah terjadi lagi…. / Foto Kredit: Puan Mastura Mohd Pilus

4. ‘Seal’kan Plastik

Kalau ada alat untuk ‘seal’ di rumah, bolehlah anda gunakannya. Ada orang ‘seal’ guna lilin. Fungsi lidi tu adalah pengganti alat tersebut.

Nak gunakan ‘stapler’ pun boleh, tapi tak digalakkan sangatlah sebab takut tertanggal atau termasuk ke dalam beras.

cara buat nasi impit 3

Dah siap ‘seal’ begini rupanya. / Foto Kredit: Puan Mastura Mohd Pilus

5. Rebus

Sekarang sedia untuk direbus. Guna periuk biasa atau ‘rice cooker’ pun boleh.

Kalau ada periuk canggih macam ‘pressure cooker’, lagi cepat masaknya. Tunggu agak-agak dalam 1-2 jam atau lebih, bergantung kepada kuantiti.

Kalau nak wangi, bubuhkan daun pandan sekali masa merebus. Harum!

cara buat nasi impit 4

6. Siap!

Alhamdulillah cantik kejadiannya. 

Masa panas-panas tu jangan potong dulu, nanti pecah dan lembik. Kalau nak lagi keras, masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

cara buat nasi impit 5

Senangnya, Silalah Cuba!

Mudah, bukan? Sambil menunggu siap masak nasi impit ini bolehlah anda menyediakan rendang, kuah kacang, atau kuah lontong.

Tak payah tunggu hari raya, hari biasa pun dapat makan. Kalau rajin, nak buat bisnes pun boleh.

Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×