Asuh

Jangan Asyik Baring Saja, Ini 5 Tanda Bayi Anda Perlukan Lebih ‘Tummy Time’

1K
SHARES

“Apa lagi aku nak buat dengan baby ni. Asyik tidur dan baring, nampak macam tak aktif je…”

Semua bayi baru lahir memiliki kebolehan yang terhad dan mereka hanya mampu berbaring pada awalnya. Namun, ini tak bermaksud anda tak boleh melatihnya untuk mengasah kebolehan fizikalnya yang lain.

Meniarap mempunyai banyak kelebihan dan ia dapat membantu perkembangan bayi secara positif dalam pelbagai aspek.

Walaupun kita rasa selamat melihat bayi berbaring, namun berikut adalah tanda bayi anda perlu lebih banyak masa untuk meniarap di rumah.

5 Tanda Bayi Anda Perlukan Lebih ‘Tummy Time’

1. Bayi Belum Boleh Berpusing, Merangkak Atau Duduk Sendiri

Risau tengok anak masih belum boleh berpusing sendiri, merangkak atau duduk tanpa bantuan? Punca utamanya mungkin sebab kurang latihan meniarap.

“Dengan meluangkan masa meniarap, bayi belajar untuk bergerak dari sisi ke sisi, dan ini membantunya untuk mencapai dan merangkak,” terang Peta Smith dari Association of Pediatric Chartered Physiotherapists (APCP) United Kingdom menerusi BBC News.

Foto Kredit: bundoo.com

2. Kurang Berminat Meneroka Persekitaran Mereka

‘Tummy time’ bukan saja membantu koordinasi, keseimbangan dan kawalan postur, tetapi ia juga meningkatkan keyakinan bayi untuk lebih berdikari dan cuba meneroka persekitaran mereka.

Oleh sebab itu, pakar juga berpendapat bahawa bayi yang dilatih dengan ‘tummy time’ mampu berpusing, merangkak, berdiri, dan berjalan lebih awal berbanding bayi yang banyak berbaring.

Bayi pakai bantal

Foto Kredit: momjunction.com

3. Sukar Mengikut Objek Dengan Mata

Latihan meniarap boleh memberi kesan kepada penglihatan bayi anda. Seperti yang diterangkan oleh Lisa Dana, M.D melalui BabyCenter, ‘tummy time; membantu perkembangan visual bayi dengan melatihnya memfokus serta mengesan pergerakan dengan baik.

Ini kerana posisi meniarap memberikan bayi perspektif yang berbeza berbanding ketika dibaringkan. Dengan memusingkan kepala dan badan semasa meniarap, bayi akan meningkatkan lagi perkembangan kognitif mereka secara keseluruhannya.

Foto Kredit: healthmag.gr

4. Masalah Pencernaan / Kembung Perut

Latihan meniarap boleh bertindak seolah-olah seperti urutan buat bayi, di mana ia sangat bermanfaat bagi bayi yang mengalami masalah pencernaan. Secara spesifiknya, Alan Greene, M.D menegaskan bahawa ‘tummy time’ boleh mengurangkan kembung perut.

Apabila terdapat gerakan serta tekanan lembut pada abdomennya, gas yang terkumpul dapat disingkirkan dari tubuh bayi dengan lebih efektif.

anak sering menangis

Foto Kredit: eimaimama.gr

5. Bentuk Kepala Yang Leper

Memang ya, ramai ibu bapa yang risau jika bayi tertelangkup dan tidak dapat bernafas apabila dalam keadaan tertiarap. Kesedaran terhadap SIDS mula meningkat sejak awal 1990an dan ia menyebabkan ibu bapa lebih selesa membaringkan bayi dalam keadaan terlentang.

Sejak itu jugalah kes SIDS berkurang secara signifikan, namun pada masa yang sama terdapat peningkatan yang tinggi dalam kes deformasi pada rangka kepala bayi, seperti yang dilaporkan oleh Science Daily.

Sungguhpun Sindrom Kepala Leper atau Flat Head Syndrome boleh terjadi sejak dalam kandungan, namun ia juga boleh berlaku akibat tekanan yang berterusan daripada posisi kepala bayi yang kekal di suatu tempat buat masa yang lama. Umumnya terjadi di belakang kepala bayi, ia dikaitkan apabila bayi dibiarkan sentiasa berbaring tanpa ditegakkan kepalanya atau didudukkan dalam car seat terlalu lama. Menurut kajian, sindrom ini mungkin boleh dielakkan apabila bayi dilatih untuk meniarap dalam tempoh masa yang mencukupi setiap hari.

Foto Kredit: mommybunch.com

Jadikan ‘Tummy Time’ Waktu Yang Menyeronokkan

Bayi sebenarnya sudah boleh diajar untuk meniarap sejak beberapa hari terawal kelahirannya lagi. Namun ibu bapa mungkin berasa takut-takut kerana bayi nampak tak selesa dan mungkin akan menangis.

Walaubagaimanapun, dengan cara yang betul dan menyeronokkan, ‘tummy time’ boleh menjadi saat yang disukai oleh bayi!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×