40 Minggu

5 Bahaya Kucing Kepada Ibu Mengandung. Ini Bukan Mitos

742
SHARES
bahaya kucing

“Banyak betul pantang orang mengandung. Ini tak boleh, itu tak boleh. Ni mak kata bela kucing pun tak boleh. Betul ke semua pantang ni? Habistu mana nak letak pula kucing siam aku kat rumah tu?”

Apabila seseorang wanita disahkan mengandung, tentulah ramai yang mula mengambil berat akan kesihatan mereka. Tak dinafikan ada sesetengah larangan yang lebih kepada amalan dan kepercayaan turun-temurun. Tapi, ada yang telah dikaji dan diteliti melalui pemerhatian klinikal.

Bahaya kucing kepada ibu mengandung bukanlah mitos. Doktor juga menasihatkan agar ibu mengandung mengehadkan masa bersama kucing dan mengambil langkah berhati-hati jika membela haiwan ini di rumah.

5 Bahaya Kucing Kepada Ibu Mengandung

Apa sebenarnya bahaya kucing kepada ibu mengandung? Serius sangatkah? Mari kita ketahui selanjutnya.

1. Jangkitan Parasit

Menurut BabyCenter, bahaya kucing yang paling dirisaukan menjangkiti ibu mengandung adalah jangkitan parasit toksoplasmosis yang membiak di dalam usus kucing dan didapati dalam najisnya serta di dalam tanah.

Dalam kebanyakan kes, wanita yang dijangkiti oleh parasit toksoplasma tidak menyedarinya kerana parasit ini tidak menampakkan tanda yang ketara. Antara simptomnya adalah demam serta selesema biasa, kelenjar limfa membengkak, sakit otot, kekejangan dan sakit sendi.

cara elak kucing berak

Foto Kredit: furrypetsandmore.com

2. Masalah Kesihatan Bayi Dalam Kandungan

Jangkitan parasit toksoplasmosis ini umumnya tidak membahayakan orang dewasa, tetapi boleh mengundang masalah kesihatan serius kepada bayi dalam kandungan.

Dalam sumber yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, toksoplasmosis kongenital adalah satu masalah perubatan yang mana bayi dalam kandungan dijangkiti melalui uri (plasenta). Ini bermaksud, sekiranya ibu hamil dijangkiti toksoplasmosis, bayi dalam kandungan akan berisiko tinggi mengalami:

  • kerosakan organ seperti buta
  • kecacatan otak seperti retardasi mental
minum kopi semasa hamil

Foto Kredit: nokshe.com

3. Masalah Kesihatan Bayi Selepas Dilahirkan

Selain daripada itu, BabyCenter juga menjelaskan bahawa dalam sesetengah kes, bayi yang dijangkiti toksoplasmosis akan lahir sebagai bayi normal. Namun, simptom-simptom toksoplasmosis ini akan mula kelihatan selepas tempoh beberapa bulan atau tahun yang berikutnya.

Antara simptom yang boleh berlaku termasuklah:

  • jangkitan mata
  • masalah pendengaran
  • masalah pembelajaran
punca bayi menangis

Foto Kredit: sumanimama.lt

4. Keguguran

Seperti yang dijelaskan di atas, parasit daripada najis kucing mampu menular kepada bayi dalam kandungan melalui uri. Ia adalah lebih berisiko jika seseorang wanita menghidapinya pada peringkat awal kehamilan. Ini kerana, ia boleh mendedahkan mereka kepada risiko keguguran.

Merangsang IQ bayi dalam kandungan

Foto Kredit: thetimes.co.uk

5. Kematian Bayi

Lebih menyedihkan lagi, ada juga kes di mana bayi meninggal dunia ketika dilahirkan (stillbirth) atau hanya dapat hidup selama beberapa hari selepas dilahirkan disebabkan oleh jangkitan toksoplasmosis ini.

Foto kredit: tribune.com.pk

Nampak Serius! Ada Rawatan Tak?

Jangan risau, ibu akan diberi ubat khusus jika disyaki menghidapi penyakit ini. Untuk mengesahkan, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi. Kalau dah disahkan, ada rawatan susulan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko parasit tersebut.

Ubat khusus juga akan diberi sekiranya bayi disyaki telah dijangkiti, dan rawatan ini diteruskan ke atas bayi hinggalah selepas dilahirkan.

mengandung uri di bawah

Foto Kredit: Voisin/Phanie / Rex Features

Tapi, Apa Yang Patut Dilakukan Jika Saya Memelihara Kucing?

Jika anda memelihara kucing di rumah, pastikan anda mengambil langkah keselamatan ini untuk meminimakan pendedahan kepada parasit taksoplasma:

  • Elakkan kerja-kerja membuang najis kucing selagi boleh. Kalau terpaksa, pakai sarung tangan dan basuh tangan anda dengan sabun antiseptik dan air bersih.
  • Parasit toksoplasma ini akan boleh menular dalam masa 1-5 hari dalam najis kucing. Maka, pastikan litterbox kucing diganti dengan kerap.
  • Kucing harus diberikan makanan khusus kucing kerana makanan mentah di dalam daging mentah mengandung banyak parasit yang boleh menjadi punca parasit ini.
  • Elakkan kucing daripada bermain di luar kerana jika ia memakan haiwan lain seperti tikus, risiko untuk terkena taksoplasma lebih tinggi.

Jika langkah ini sukar dilakukan, maka hindarilah daripada memelihara kucing buat sementara waktu demi kesihatan anda.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×