0-6 Bulan

8 Manfaat Urut Bayi – Mesti Cuba!

Manfaat Urut Bayi

Ramai ibu yang merungut bayi mereka tidak mahu diletakkan dan mahu sentiasa dibelai dan didukung. Apabila bayi diletakkan di bawah, maka dia akan mula menangis. Saat ibu ambil, dukung dan belai, maka dia mula selesa dan tersenyum. Jika itu membuatkan dia selesa dan tenang, bayangkan manfaat yang dia akan perolehi dari urutan.

Apakah manfaat urutan bagi bayi?

1 – Menurut kajian, urutan bayi dapat mengurangkan tangisan dan sikap anak yang cerewet.

2 – Urutan dapat membantu bayi untuk tidur dengan lebih baik

3 – Mengurangkan risiko kolik

4 – Menguatkan imunisasi bayi untuk hidup dengan lebih sihat

5 – Urutan dapat merangsang saraf-saraf bayi

6 – Bayi akan jadi lebih tenang dan relaks

7 – Urutan bayi adalah salah satu bentuk komunikasi ibu bapa dengan bayi. Ini akan memastikan emosinya baik dan stabil

8 – Ia dapat merapatkan lagi hubungan bayi dengan ibu bapa

Bila sesuai untuk mengurut bayi?

1 – Masa yang diambil hanya 10 hingga 15 minit sahaja

2 – Lakukan ketika ibu dan bayi sedang relaks

3 – Jangan urut bayi ketika dia sedang menangis atau mengamuk

4 – Waktu selepas mandi adalah waktu yang sangat sesuai untuk urutan

5 – Bilik mestilah hangat

6 – Gunakan minyak bayi supaya tidak kesat

Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×