Rakyat

8 Sebab Bajet 2018 Ini Umpama Durian Runtuh Buat Wanita

249
SHARES

Rasa-rasanya ramai yang bersetuju bahawa Bajet 2018 ini pro-wanita kerana ia menawarkan pelbagai peluang dan kelebihan kepada golongan wanita.

Kalau masih ada yang belum tahu apa yang menjadi perbualan berkisar Bajet 2018 semalam, di sini kami senaraikan beberapa berita gembira untuk para wanita di Malaysia.

1. Cuti Bersalin Ditambah

Dalam Bajet 2018 ini, antara yang paling mendapat perhatian tentulah berkaitan cuti. Untuk makluman, cuti bersalin bagi penjawat awam dinaikkan daripada 300 hari kepada 360 hari – dengan bilangan maksimum 90 hari setahun.

Bagi sektor swasta pula, cuti bersalin mandatori dicadang agar dinaikkan daripada 60 hari kepada 90 hari. Mungkin berita baik bagi wanita, tapi rasanya lebih seronok kalau cuti bersalin diperuntukkan bagi kaum suami, macam pekerja IKEA – di mana pekerja lelaki mereka mendapat 1 bulan cuti bersalin untuk membantu isteri menguruskan diri. Seronok tu!

Foto Kredit: infansure.com.vn

2. Wanita Mengandung Dapat Balik Awal

Selain cuti bersalin, wanita mengandung yang berkhidmat sebagai penjawat awam diberi kelebihan dalam waktu kerja yang lebih pendek. Dalam Bajet 2018, penjawat awam yang mengandung 5 bulan ke atas diberi kelonggaran untuk pulang 1 jam awal lebih awal. Suami yang bekerja di lokasi yang sama juga dibenarkan balik awal sejam.

Ini tentu memberi kesan positif kepada mood dan kesihatan para ibu yang tak pernah habis bekerja walaupun apabila berada di rumah. Untunglah penjawat awam yang mengandung, kan?

3. Peruntukan RM200 Unit Amanah Saham Untuk Setiap Bayi

Rasa-rasanya mesti lebih ramai pasangan yang rancang nak tambah anak lagi mulai 2018.

Mulai 1 Januari 2018, Peruntukan Dana Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50), iaitu Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 unit amanah sahan PNB diperuntukkan untuk setiap bayi yang lahir. Peruntukan ini disasarkan untuk semua bayi yang lahir hinggalah tahun 2022.

www.gobankingrates.com

4. Pembantu Rumah Tak Perlu Melalui Ejen

Isu penjagaan anak sudah tentu menjadi antara isu terbesar yang menyebabkan ramai wanita terhalang untuk meneruskan kerjaya masing-masing.

Seperti yang kita tahu, nak ambil pembantu rumah di Malaysia bukannya murah. Kos permulaan saja dah macam beli kereta, iaitu sekitar RM12ribu hingga RM18 ribu. Untuk membantu mengurangkan kos pengambilan pembantu rumah yang tinggi, kerajaan kini membenarkan bakal majikan untuk memiliki pembantu rumah tanpa melalui ejen.

Menurut ulasan Dato’ Seri Najib dalam Bajet 2018 semalam, syarat ini bakal dikuatkuasakan kepada 9 buah negara jiran dan pendaftaran mereka boleh dilbuat secara online untuk memudahkan urusan.

5. Lebih Banyak Pusat Jagaan Kanak-kanak

Memang menakutkan bila membaca tentang kes penganiayaan kanak-kanak di pusat jagaan. Sebagai ibu, bukannya kita boleh nak pantau selalu, lebih-lebih lagi kalau pusat jagaan terletak jauh dari tempat kerja.

Dalam membantu mengembalikan wanita agar dapat terus berkhidmat sekalipun telah berkahwin dan mempunyai anak, Bajet 2018 turut mewajibkan semua bangunan pejabat yang baru untuk menyediakan pusat jagaan kanak-kanak bermula di Kuala Lumpur.

Foto Kredit: mynewshub.cc

6. Memperkasakan Penglibatan Wanita Dalam Syarikat

Di samping itu, dalam usaha memperkasakan penglibatan wanita dalam sektor tenaga kerja, kerajaan mewajibkan 30% wanita dalam keahlian Lembaga Pengarah GLC dan GLIC serta Badan berkanun.

Foto Kredit: mcpscurriculum.com

7. Galakan Untuk Wanita Kembali Bekerja

Pengecualian cukai pendapatan individu ke atas pendapatan yang diperolehi dalam tempoh 12 bulan kepada wanita yang kembali bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun dari tempoh berhenti bekerja.

Ini pastinya dapat menjadi batu loncatan dan galakan kepada wanita untuk kembali berkhidmat setelah berhenti berehat demi memenuhi keperluan keluarga.

Foto Kredit: islamiclife.com

8. PEAK, Program Akademi Keusahawanan Wanita

Program Keusahawanan di bawah MyWin Academy dibangunkan untuk menghasilkan usahawan wanita.

Program-program di akademi ini dikhaskan untuk mengasah skil, memberi inspirasi dan mengetengahkan bakat wanita dalam memajukan industri di Malaysia.

Ketahui lebih lanjut di www.mywinacademy.org

Apa Kata Anda?

Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, peluang ekonomi kini tersedia untuk wanita memacu usaha meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan yang lebih baik.

Selain dilihat dapat menyeimbangkan keperluan ekonomi Negara, cadangan dan peruntukan dalam Bajet 2018 ini adalah satu usaha awal untuk menyokong peranan mereka dalam keluarga.

Semoga pembaharuan ini dapat memberi aspirasi dan mencetuskan inspirasi kepada kaum wanita di Malaysia. Apa pula harapan anda?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×