Hebahan

Perjumpaan Permotoran Terbesar di 2 Wheels Festival, Riders of the Future

Kuala Lumpur bakal digegarkan dengan perjumpaan terbesar peminat bidang pemotoran seluruh Malaysia sempena 2 Wheels Festival kali ke-3 yang akan bermula pada 3 hingga 6 Disember ini di Pusat Konvensyen CIDB Malaysia, Cheras.

image002

2 Wheels Festival ini dianjurkan oleh WSF Travel & Tours Sdn Bhd dengan penajaan utama oleh KL Malay Chamber of Commerce dan KUSTOMSIX.

2WF RXZ Promo

Turut menaja festival pemotoran yang bertemakan “Riders for the Future” adalah Kementerian Pelancongan Malaysia, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, DBKL, Polis DiRaja Malaysia, Skuad Muda JPJ Malaysia, MATIC, Radio IP Matic.fm, Bank RHB dan Quantum Petroleum.

Support 2WF 2015

Tahun ini, dijangka seramai 40,000 peserta bakal mengunjungi 2 Wheels Festival kerana berbagai-bagai aktiviti disediakan untuk mereka. Antaranya penganugerahan Malaysia Book of Record untuk 2,500 unit street bike yang direka oleh pereka motosikal.

2WF RXZ Certificate (1)

Juga perjumpaan 3,000 pemilik motor model Yamaha RXZ sejak ia mula dikeluarkan hingga kini, sempena meraikan 30 tahun model itu berada di Malaysia.

2WF SCUD Promo

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan pertandingan live band oleh bakat-bakat baru, berserta Ceramah Perdana oleh Ustaz Akhil Hayy, persembahan nyanyian oleh Nadia Johary, konsert Rock & Ride oleh Lost Cowboy & Friends dan banyak lagi.

2WF Motart Promo

Apa yang pasti, ia akan membuatkan pengunjung terhibur. Sambil berhibur, pengunjung juga berpeluang membeli motosikal dengan harga yang berpatutan sempena Year End Sale (YES 2015).

2WF RXZ Certificate (2)

2 Wheels Festival ini juga akan disertai oleh peminat pemotoran dari Indonesia dan Thailand yang akan memperkenalkan model motor milik mereka.

Ustaz Akhil Hayy Promo

“Festival kali ke-3 ini bukan sahaja memperkenalkan motosikal sebagai 2 wheel rides, tapi juga menonjolkan industri basikal yang turut diminati oleh rakyat Malaysia. Ia satu-satunya festival yang memperkenalkan dua produk dalam satu festival. Di samping itu, kami mempromosikan “YES”, iaitu Year End Sale yang mana festival ini menjadi satu perhentian untuk peminat 2 wheels membeli sama ada motosikal mahupun basikal, aksesori, insurans, memilih sekolah memandu, produk scuba diving dan banyak lagi yang berkaitan dengan gaya hidup sihat”, kata Pengarah Urusan WSF Travel & Tours, Wan Shairi Wan Ahmad.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×